Posts Subscribe comment Comments

0 komentar

Tips mengeratkan ikatan kekeluargaan

Sering terjadi keluarga yang porak peranda. Anak-anak menjadi mangsa lalu terbiar tanpa sebarang perhatian.. Ibu bapa tidak pernah ambik peduli dengan apa yang terjadi. Akhirnya anak-anak terjebak dalam kancah kehidupan yang tidak sihat seperti dadah, arak, zina, dan pelbagai lagi masalah sosial masa kini.





Sehubungan dari itu, peranan ibu bapa amat penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan hubungan kekeluargaan yang utuh dan kuat inilah, kita dapat mengatasi perpecahan didalam keluarga. Dan apabila percahan ini tidak diatasi segera. Berlakulah porak peranda yang menyebabkan keruntuhan intitusi kekeluargaan.
familydinner mediard 300x195 Tips mengeratkan ikatan kekeluargaan

Di antara pekara yang ibubapa boleh lakukan ialah;

Makan bersama-sama terutama makan malam. Ketika ini cuba mulakan sebarang perbualan berkenaan perkara yang digemari oleh anak-anak. Boleh juga cuba menyuruh mereka bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Sebaik-baiknya tv hendaklah ditutup.
Bantu membuat kerja sekolah atau melihat buku kerja dan latihan mereka. Jika tidak dapat menolong cukup sekadar menunjuk minat pada apa yang mereka belajar.
Menghadiri semua acara sukan dan aktiviti mereka. Kalah atau menang berikan sokongan yang menggalakkan.
Bermain bersama-sama permainan kegemaran mereka seperti catur, dam, scrabble atau uno.
Menonton bersama rancangan tv kegemaran mereka.
Keluar bersama sekeluarga melawat saudara mara, berkelah atau menonton wayang.
Bersenam bersama-sama.
Beribadat bersama-sama seperti sembahyang berjemaah, pergi ke masjid atau menghadiri majlis ilmu.
Melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti mengecat, memasak, membasuh, berkebun atau membeli barang dapur.
Hantar dan jemput ke tempat mereka hendak pergi. Semasa dalam kereta izinkan mereka memilih saluran radio.
Berbual-bual pendek sebelum mereka tidur sebaiknya ketika ini kita lebih banyak mendengar sahaja. Suruh mereka bercakap tentang pengalaman yang mereka lalui hari itu atau apa saja yang mereka ingin cerita.
Membaca bersama. Berkumpul sekeluarga dan setiap seorang mengambil giliran membaca secara kuat.
Berkongsi hobi atau menunjukkan minat kepada hobi anak-anak.
Bercuti bersama dan libatkan anak-anak dalam proses merancang percutian tersebut.
Pelawa kawan-kawan rapat mereka datang ke rumah untuk bermain atau berkumpul di rumah. Jika boleh sediakan makanan dan jangan ganggu mereka cuma perhatikan tingkah laku mereka.
Setiap hari katakan mereka disayangi. Berikan penghargaan atau kata-kata perangsang untuk apa yang mereka telah lakukan.
READ MORE - Tips mengeratkan ikatan kekeluargaan

0 komentar

Kawal Emosi Dalam Percintaan

Pergaduhan dalam percintaan juga sesuatu asam garam yang membawa kepada manis dan pahitnya bercinta. Percintaan perlu diiringi dengan kekuatan iman, emosi dan fikiran. Jika tidak bertambahlah kejadian yang merosakkan diri apabila gagal dalam percintaan, seperti yang berlaku di Terengganu, baru-baru ini.
tentang perceraian Kawal Emosi Dalam PercintaanPujangga Hamka ada mengatakan ‘Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat’ mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta.



Kata-kata ini juga boleh ditujukan kepada insan yang gagal dalam sesuatu perhubungan bercinta atau perkahwinan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan segala pancaroba ini.

Buktinya, tingkah laku yang merugikan seperti ingin membunuh diri, menyalahkan diri sendiri dan terpenjara dalam perangkap waktu (zaman percintaan) dan tingkah laku yang menjurus kepada emosi dan perwatakan negatif lain akan berlaku apabila masalah cinta atau perhubungan berlaku. Di dada akhbar, berita mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman diri dan orang lain akibat percintaan adalah bukti bahawa emosi tidak boleh terlalu dituruti apabila bercinta.

Cinta yang agung dari manusia ialah cinta kepada Pencipta-Nya. Bagi seorang Muslim, cinta kepada Allah adalah cinta sejati.

Bagi cinta sesama insan, percintaan perlu berlandaskan dengan kekuatan diri dan menganggap kegagalan percintaan adalah satu dugaan kehidupan. Ia menguji setakat mana tabahnya manusia menanggung cabaran kehidupan.

Kegagalan dalam perkahwinan, contohnya boleh saja mengganggu jadual kehidupan seharian seseorang insan. Tanpa mengira, suami atau isteri, jika perceraian berlaku tentunya akan memberi kesan kepada emosi dan juga tuntutan zahir dan batin insan. Apatah lagi, apabila ia membabitkan hal berkaitan dengan anak seperti hak penjagaan, masalah kewangan dan pelbagai lagi.

Bukan saja, pasangan yang berkahwin akan terganggu apabila percintaan tidak menjadi. Pasangan yang sedang bercinta juga sering diuji dengan pelbagai keinginan dan tuntutan emosi. Masalah berlaku apabila keinginan diri tidak dapat dipenuhi dengan keinginan pasangan.

Keadaan menjadi sukar apabila pasangan yang bercinta adalah remaja yang masih lagi belum begitu matang dari segi emosi dan fikiran dalam konteks menghadapi dugaan alam percintaan.

Dalam bercinta, emosi tidak boleh terlalu dituruti kerana implikasinya sering kali di luar dugaan. Tingkah laku yang berbahaya seperti cubaan membunuh diri perlu dielak sama sekali.

Natijah kehidupan termasuklah episod bercinta adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Harieta Wahab, seorang pujangga menjelaskan, malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
READ MORE - Kawal Emosi Dalam Percintaan

0 komentar

Gangguan Orang Ketiga Merosakkan Hubungan

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian 159678 Gangguan Orang Ketiga Merosakkan Hubungan





KAJIAN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.957888 Gangguan Orang Ketiga Merosakkan Hubungan

Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
mental health Gangguan Orang Ketiga Merosakkan Hubungan

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini, katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini, katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya. Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula,dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.
READ MORE - Gangguan Orang Ketiga Merosakkan Hubungan