Posts Subscribe comment Comments

Cinta Pada Insan – Bukan untuk di tangisi!

Rata-rata kita lihat, banyak gadis yg masih belum berkahwin mempunyai masalah dalam percintaan…


Peringatan utk gadis-gadis, cinta bukan utk di tangisi tp dinikmati. Inilah pesanan Dr. Tuah agar kita tidak terlalu mengejar cinta. Apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta tersebut kerana air mata yg tumpah pada ketika ini logiknya/biasanya akan berterusan jika kita berkahwin dengan insan berkenaan.




Jika benar seseorang itu mencintai kita, mengapa dia harus menyebabkan kita menangis? Jika benar dia sayang, mengapa dia harus mempermainkan perasaan? Itu bermakna dia hanya mahu menguji dan bermain dengan kita….

Cinta yg suci murni dan tulus tidak memerlukan air mata, tetapi senyuman, ketawa ria dan kegembiraan. Biasanya perhubungan yg harmoni dan kompromi bergerak di atas landasan yg tenang, lurus menuju matlamat.

Sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai diri, ia ibarat perjalanan yg tersekat-sekat di atas jalan yg bengkang bengkok.

148592 176170465728415 100000063882829 617853 1569454 n Cinta Pada Insan Bukan untuk di tangisi!Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi ingatlah sebaik saja cinta tersebut menyebabkan hati gelisah dan tumpuan terhadap Tuhan , pelajaran semakin menghilang, tinggalkan lah cinta itu dan bina cinta baru.

Cinta bagaikan Laila Majnun sudah tiada, ianya hanya sesuai utk zaman dahulu kala. Tatkala manusia pada waktu itu tidak perlu memikirkan perkara-perkara lain yg menghambat dalam hidup.

Zaman kini situasi jauh berbeza, kita perlu membina hidup yg mantap dalam akademik, meletakkan kita sebaris para cedekiawan utk bersaing dgn org lain terutama yg bukan beragama Islam.

Jadi kita tidak boleh terlalu banyak membuang masa dgn cinta yg tiada gunanya. Kerana wujudnya cinta itu harus memotivasikan diri kita bukan menjatuhkan diri kita seperti perlakuan sumbang, dan kesedihan yg bergelumang dalam cinta tersebut.

Memang benar cinta merupakan tiket utk dihargai, dan rasa disayangi tetapi pada masa yg sama jgn sampai diheret perasaan utk membenci diri sendiri. Cintailah seadanya…

Pesanan Dr. Tuah ini adalah buat para gadis remaja yg belum berumahtangga, terutama bagi mereka yg masih dalam alam pembelajaran….