Posts Subscribe comment Comments

Tips menjalinkan hubungan percintaan di internet

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Wah wah, hari ni kita nak bercerita pasal bercinta di internet. Ok, sebelum sesi berkongsi tips pada kali ini, aku nak mengesahkan apa yang aku tulis dahulu iaitu, Boleh percaya ke pada cinta internet? sebenarnya boleh dipercayai jika bertemu dengan insan yang betul – betul ikhlas dengan kita.




Bagi jejaka – jejaka solo diluar sana dan juga kesunyian macam aku dulu yang tercari – cari begitu susahnya nak mencari awek yang solo. Ok guys, sebenarnya, awek solo berada dimana – mana, hanya ayat dan diri anda menentukan anda dapat ke tidak si gadis solo itu. Dimana gadis solo itu? Ya, gadis solo itu boleh didapati dalam dunia Blog, alam maya Facebook ataupun didahan pokok Twitter. Apa tipsnya? Jommmm!

Langkah Pertama – Mulakan perkenalan dengan kejujuran dan keikhlasan

Kebanyakkan orang suka orang yang jujur. Tapi janganlah terlalu jujur (lurus bendul). Bila kita jadi diri sendiri, orang akan tertarik dengan diri kita sebab tak ada benda yang terselindung dan tersorok dari perkenalan yang baru tersebut. Jika insan yang anda kenali tu betul – betul serasi, perkenalan tersebut akan berjalan dengan lancar dan mungkin akan berjaya ke matlamat yang anda ingin kecapi.

Langkah Kedua – Ambil masa untuk mengenali satu – sama lain. Jangan jadi insan terdesak!

Bila kita sudah serasi, ambil masa untuk mengenali si dia. Kalau boleh, pada peringkat permulaan janganlah tanya soalan yang boleh menyebabkan si dia meluat dengan anda. Nanti takut dia kata anda ni banyak tanya dan bizibodi pulak! Kalau si dia cerita pada anda pasal diri dia dan hal peribadi, tak apa la. OK? Ada sesetengah orang tak suka tanya soalan berbentuk peribadi dan keluarga.  Sebabtulah aku kata kena ambil masa dalam menjalinkan hubungan ni. Orang perempuan paling tak suka lelaki yang terburu – buru. Semua nak cepat – cepat. Kenal semalam harini nak couple, tak boleh la macam tu. Rilex. Cool.

Kalau si dia baru lepas putus cinta, jangan tanya sebab apa dia putus. Kalau dia tu solo, jangan terus mintak couple! Gila apa?

Langkah Ketiga – Berjumpa dan bertentangan mata

Dah lama dok chatting, facebook dan komen ataupun SMS, baik kita jumpa secara terang – terangan! Haha, kali ni boleh kenal fizikal macam mana. Orangya gempal ke, rendah ke, kurus tinggi ke kan. Aturkan temujanji dengan baik, ikut suka hatila nak pergi berdua ke, bertiga ataupun berempat. Tapi bagi aku berdua lagi best! Tapi bila dah jumpa, janganla wei, jangan hampa tak kontek langsung lepas jumpa. Kalau dia tipu ke apa, biar kita sembang baik – baik dalam internet, sms ataupun telefon. Jangan terus diam je. Kesian kat dia.

Langkah Keempat – Menjalani persahabatan dialam nyata dan maya

Bila dah jumpa, dah tengok hang – aku barulah boleh teruskan perhubungan tersebut dengan lebih mendalam. Lepas pertama kali berjumpa, bolahla keluar jumpa lagi. Persahabatan dialam maya lain. Tak sama dengan kehidupan persahabatan di alam  nyata. Keindahan berkawan dialam nyata memang tak boleh dibandingkan tapi kita dah ada teknologi yang boleh mendekatkan kita seharian, buat apa nak jumpa lagi. Kalau nak lepak hujung minggu sekali apa salahnya.

Langkah Kelima – Menjadi orang yang paling rapat dalam hidup dan dialam maya

Kalau online je, mesti cari dia. Kalau dia online je,mesti dia cari hampa. Hah, ok la gitu. Dah makin rapat, boleh kongsi masalah dan boleh beri pendapat tu kira baik la. Tak kesah, yang pasti anda kenalah jadi pendengar yang setia. Pada tahap ini, jangan terlalu mengharap sangat. Walaupun hampa rapat dengan si dia, tapi tak bermakna dia akan terima hampa. Yang paling penting sekali, kita enjoy berkawan dengan dia. Teman tapi mesra ok?

Langkah Keenam – Naik taraf hubungan ataupun teruskan hubungan sedia ada

Bab ni aku paling takut. Ikut orang juga, bukan semua orang boleh terima kawan baik menjadi couple dan ada orang boleh terima kawan baiknya jadi boyfriend sendiri. Keputusan ditangan anda. Kalau dia dah serasi dengan anda, go on. Kalau rasa macam tak boleh je, cukuplah menjadi kawan baik. Mungkin satu masa nanti, hati anda terbuka untuk dia ataupun dia akan mencari anda, mana nak tau? Jangan nanti, bila anda lafazkan dan luahkan perasaan hati lalu dia tak terima, kang putus hubungan persahabatan tu, takkan naya? Susah susah!

Ok, tu je apa yang aku boleh kongsi dengan anda apa yang aku telah alami sebelum ini. Bab menjalinkan hubungan ni bukan boleh sehari dua, kawan. Ia kena ambil masa sebab berkaitan dengan hati dan perasaan. Ini berdasarkan pengalaman aku yang lepas – lepas