Posts Subscribe comment Comments

Cabaran dalam cinta

Setiap insan pasti ingin menikmati perasaan dicinta dan mencinta.. Ia adalah fitrah kejadian semula jadi manusia yang mempunya hati dan perasaan. Telah dinyatakan bahawa setiap yang tercipta di muka bumi ini adalah berpasangan.. Malah alam semula jadi di sekeliling kita jua turut mempunyai pasangannya.



Alam bercinta.. Ramai yang terleka seketika ketika mengalaminya.. Hingga kadang kala cinta itu membuat kita sering lupa diri. Namun begitu, cinta tetap terkandung kebaikan dan kekuatannya sendiri dalam mendorong dan memotivasikan manusia menghadapi hidup.

Ramai yang mengatakan cinta membuat mereka bersemangat dalam mengejar impian. Dan tidak rasa lemah dalam mengharungi segala halangan. Cinta mendorong semangat kita hadir dalam setiap usaha menjayakan percintaan yang terbina.

Dalam melakukan sesuatu hal atau perkara.. Kita tidak lari dari menghadapi cabaran. Lantas jua dengan percintaan. CABARAN CINTA pernahkah kita menitik beratkan hal ini semasa kita mencari cinta sejati dalam hidup kita.

Antara Cabaran Yang Terkandung dalam Cinta

1. Cabaran menerima CINTA
2. Cabaran menangani CINTA
3. Cabaran membalas CINTA
4. Cabaran mengharungi CINTA
5. CABARAN dalam menentukan CINTA sebenar

Cabaran menerima CINTA

Kata orang…CINTA lahirnya dari MATA turun ke hati… Ya… Pandangan PERTAMA /kedua…/lain-lain… titik mulanya untuk merasai nikmat CINTA.
Siti akui kebenaran ungkapan ini.

Sebelum sesuatu CINTA benar-benar dapat dirasai… sekurang-kurangnya orang yang ingin bercinta dengan kita dikenali rupa parasnya….samaada bersemuka atau sekadar melalui FOTO/gambar..

cinta tak mungkin terus datang tiba-tiba(sekali pandang terus jatuh CINTA)…PASTI ianya…perlukan sedikit masa.. seminggu/sethn/bertahun….terpulang…

Masing-masing punya taste/citarasa tersendiri dalam menerima CINTA.

Dalam bab menerima CINTA ini…ada yg secara tersembunyi… penuh rahsia…ada yang secara terang-terangan.

Lelaki…tidak semuanya mudah mengungkapkan kata-kata cinta tapi dari tingkahlaku, cara layanan, komunikasi …boleh diketahui rahsia cinta didalam diri mereka.

Antara cabaran takala menerima CINTA dari seseorang

1.Hati berdegup kencang bila bersama-sama
2.Butir-butir percakapan jadi tersekat-sekat dan kurang jelas
3.Malu untuk bertentangan MATA…. tunduk atau pandangan pada arah lain.
4. Senyuman malu-malu kucing terukir dibibir dara/teruna

ha1 Cabaran dalam cinta

Cabaran menangani CINTA

Tidak semua cinta yang dihulur pasti akan kita sambut. haruslah menilai terlebih dahulu orang yang menghulurkan cinta kepada kita. Turutamanya Wanita. Yang mudah cair dengan kekacakan paras wajah lelaki dan kekayaan harta benda.

Akhirnya apa yang mereka lihat itu hanya sekadar topeng yang mengumpan mereka masuk ke jerat Sang Buaya. Jadi Disinilah letaknya cabaran kita dalam menangi cinta. Untuk kita jatuh cinta.. Haruslah kita proses cinta yang kita terima dengan teliti untuk menghasilkan cinta yang sejati

Proses menghasilkan cinta yang unggul

1) Proses perkenalan
2) Proses mendalami hati budi dan sikap tingkah laku
3) Proses penilaian unsur-unsur baik dan jahat dalam pasangan
4) Proses penerimaan dan kesanggupan
5) Proses penentuan jawapan penerimaan
6) Proses pengujian cinta
7) Proses penetapan hala tuju dan matlamat hubungan

Cabaran membalas CINTA

Setelah kita pasti bahawa yang kita telah jatuh cinta. Pasti tindakan untuk membalas cinta yang dihulur harus dilakukan. Hakikatnya bukan mudah untuk kita memulakan sesuatu bicara yang melibatkan soal hati. Apatah lagi untuk mengungkapkan kalimah yang saya juga cintakan awak.

Sebaik baiknya, membalas cinta adalah dengan ketulusan kasih sayang, pengertian, dan kesetiaan. Diiringi dengan usaha yang berterusan untuk kita membawa perintaan kita ke arah yang lebih bermakna.

bentuk perhatian tidak harus dengan memberi sesuatu berupa barang. malah dorongan dan semangat merupakan bentuk perhatian yang diperlukan setiap orang. cemburu juga bentuk perhatian, tapi jangan berlebihan, tanpa cemburu mungkin kita tidak dapat menikamti apa itu erti sayang.

Sering juga kita lihat orang mengepreksikan rasa cinta dengan sulaman kata2 atau kiasan dengan alam sekitar. Ada juga yang tidak mampu berkata atau meluah nnamun dari bahasa lirikan, wajah, gerak tubuh, telah cukup untuk menyatakan yang kita juga turut mencintai si dia.

Cabaran mengharungi CINTA

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT. Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;
1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
2. Kekerapan untuk berjumpa
3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama

Jadi apakah kekerapan ini yang harus dilakukan untuk mempetahankan cinta? maka disinilah bermulanya cabaran dalam kita mengharungi cinta.. Antara komitmen dan tanggungjawab yang lain kadang kala sering membuat kita dalam dilema.

Gunakan kebijaksanaan kita dalam membahagi perhatian dan tugasan dengan adil serta mengikut keperluan. Cinta bukan bermakna kita harus mengorbankan segala kehidupan kita.

CABARAN dalam menentukan CINTA sebenar

Disinilah letaknya cabaran yang sebenar dalam percintaan. Kemanakah haluan percintaan yang hendak kita bawa.. Apakah cinta yang kita alami ini benar2 cinta yang lahir dari sudur nurani yang ikhlas dan untuk membina sebuah keluarga.

Atau sekadar cinta yang terbina kerana kita merasakan kesunyian dan sekadar untuk teman berhibur. Untuk menilai cinta yang sebenar. kita harus mempunyai kepekaan yang kuat pada si dia. Apakah kepentingan kita pada pasangan dan apakah kepentingan si dia buat kita hingga terbinanya percintaan ini.

Sebaik baiknya percintaan haruslah disudahi dengan lafaz pernikahan. jika kita tidak nampak akan pengakhiran yang yang pasti. Maka kita telah dapat menilai cinta itu bukan cinta yang sebenarnya cinta. namun ramai yang terus mengharap kerana takut akan perasaan kecewa. Hingga cinta yang terbina terus tiada kesudahan dan berpanjangan..